Maklumat Penting
Polisi Pemulangan Wang
Intratama Travel Consultant & Tours (M) Sdn Bhd ยท KPL 4104
Dokumen ini terpakai kepada semua pakej pelancongan dan pelayaran yang dikendalikan oleh Intratama Travel Consultant & Tours (M) Sdn Bhd (KPL 4104).
Seksyen 1

Booking Fee

Booking fee adalah tidak boleh dipulangkan (non-refundable). Pelanggan yang telah membuat booking fee adalah dianggap komited sepenuhnya dan tidak dibenarkan menarik diri daripada pakej.

Sekiranya peserta tidak dapat menyertai perjalanan, peserta hanya dibenarkan menukar nama kepada pengganti lain tertakluk kepada:

  • Kelulusan bertulis pihak syarikat
  • Polisi airline / cruise / hotel yang berkenaan
  • Caj pentadbiran dan caj pihak ketiga (jika ada)
  • Atau rujuk syarat pembatalan dengan kadar & tempoh yang ditetapkan (deposit sahaja)

Sebarang pengecualian adalah tertakluk kepada budi bicara mutlak pihak syarikat.

Seksyen 2

Polisi Pembatalan & Penarikan Diri

Pelanggan yang telah membuat booking fee tidak dibenarkan menarik diri dan tiada refund akan diberikan kecuali atas sebab munasabah yang diluluskan secara bertulis oleh pihak syarikat atau melalui penggantian peserta. Penilaian sebab munasabah adalah tertakluk kepada keputusan mutlak pihak syarikat.

Sekiranya pembatalan dibenarkan, sebarang refund (jika ada) adalah tertakluk kepada:

  • Potongan kos pentadbiran
  • Kos yang telah dibayar kepada pihak ketiga
  • Polisi pembekal perkhidmatan yang terlibat
Seksyen 3

Polisi Penukaran Nama Peserta

Penukaran nama peserta dibenarkan tertakluk kepada polisi operator pelayaran.

  • Penukaran nama yang dibuat 31 hari atau lebih sebelum tarikh pelayaran adalah tertakluk kepada syarat semasa operator pelayaran.
  • Penukaran nama yang dibuat kurang daripada 30 hari sebelum tarikh pelayaran boleh dikenakan caj pentadbiran minimum RM200 seorang atau jumlah lain yang ditetapkan oleh operator pelayaran.
  • Semua permohonan penukaran nama adalah tertakluk kepada kelulusan pihak syarikat dan operator pelayaran.
Seksyen 4

Caj Pemulangan Semula

Sebarang pembatalan penempahan hendaklah dihantar kepada syarikat secara bertulis melalui WhatsApp untuk tujuan rekod dan komunikasi. Pembatalan perlu dibuat 40 hari sebelum tarikh berlepas.

Tempoh Pembatalan Polisi Pemulangan
Sebelum 40 hari Pemulangan 50% daripada bayaran deposit
Antara 30 โ€“ 40 hari Tiada pemulangan deposit
Antara 21 โ€“ 29 hari 50% daripada harga pakej
Antara 15 โ€“ 20 hari 75% daripada harga pakej
Kurang daripada 15 hari 100% daripada harga pakej
Seksyen 5

No Show (Tidak Hadir)

"No Show" merujuk kepada kegagalan peserta untuk hadir pada tarikh dan masa perjalanan, termasuk:

  • Tidak hadir ke lapangan terbang / terminal pelabuhan
  • Gagal melakukan check-in
  • Lewat sehingga menyebabkan pelepasan penerbangan atau cruise
โš ๏ธ No Show dianggap sebagai pembatalan saat akhir. Semua kes No Show adalah 100% tidak boleh dipulangkan (non-refundable). Sebarang rayuan atau permohonan refund bagi kes No Show tidak akan dilayan.
Seksyen 6

Kegagalan Keluar Negara

Sekiranya peserta tidak dibenarkan keluar negara atas apa jua sebab yang berpunca daripada diri peserta sendiri, keadaan tersebut adalah dianggap sebagai No Show dan tertakluk kepada Polisi No Show โ€” iaitu 100% tidak boleh dipulangkan.