Tempahan hanya dianggap sah selepas bayaran booking fee/deposit diterima oleh pihak syarikat.
Bayaran booking fee adalah untuk memastikan nama pelanggan telah didaftarkan secara rasmi di dalam pakej.
Jumlah adalah mengikut pakej yang ditawarkan dan bertujuan mengesahkan pendaftaran nama peserta.
Deposit sebanyak 50% daripada harga pakej hendaklah diselesaikan dalam tempoh 1β2 minggu selepas bayaran booking fee dibuat.
Bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh pakej bermula.
Bagi promosi khas, cruise, peak season atau tempahan berkumpulan, syarikat berhak menetapkan tempoh bayaran yang berbeza.
Perubahan tarikh akhir bayaran adalah tertakluk kepada budi bicara mutlak pihak syarikat.
Kegagalan menjelaskan bayaran mengikut tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan:
Semua bayaran untuk perkara berikut (yang berkenaan) MESTI dibuat ke akaun rasmi di atas sahaja:
Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan sekiranya berlaku:
Harga pakej adalah termasuk perkara-perkara yang dinyatakan dalam poster dan/atau aturcara. Sebarang perkara yang tidak termasuk juga telah dinyatakan secara jelas dalam poster dan/atau aturcara tersebut.
Syarikat berhak menyemak semula harga sebelum bayaran penuh dibuat sekiranya berlaku kenaikan kos luar kawalan.
Harga pakej yang dinyatakan adalah berdasarkan pakej Fullboard Cruise, yang merangkumi penginapan di atas kapal, makanan mengikut kategori pakej, port tax, surcaj, serta kemudahan yang dinyatakan dalam aturcara atau poster rasmi.
Port tax, surcharge dan caj berkaitan pelayaran yang telah dinyatakan sebagai termasuk dalam pakej adalah berdasarkan kadar semasa ketika tempahan dibuat. Sekiranya berlaku perubahan yang dikenakan oleh operator pelayaran atau pihak berkuasa sebelum bayaran penuh diterima, syarikat berhak membuat pelarasan harga yang munasabah.
Peserta yang ingin menyertai pakej secara individu adalah dibenarkan, namun peserta perlu mendapatkan pasangan bagi melengkapkan dua atau tiga orang sebilik. Sekiranya tiada pasangan bilik, peserta akan dikenakan caj single supplement.
Harga bagi peserta dewasa ketiga, keempat dan seterusnya, termasuk harga promosi dan diskaun, adalah tertakluk kepada harga yang dipaparkan di dalam sistem tempahan rasmi. Harga muktamad adalah berdasarkan invois yang dikeluarkan oleh syarikat dan mengatasi sebarang maklumat tidak rasmi. Pihak syarikat tidak menjamin kadar harga yang sama bagi semua kabin atau semua tarikh pelayaran.
Kategori umur yang terpakai adalah seperti berikut:
Harga bagi setiap kategori adalah tertakluk kepada jenis pakej, cruise, airline, hotel dan konfigurasi bilik/kabin.
Harga bagi peserta kanak-kanak di dalam kabin adalah tertakluk sepenuhnya kepada harga yang dipaparkan di dalam sistem tempahan rasmi atau laman web rasmi yang digunakan oleh syarikat.
Bagi pelayaran ini, kanak-kanak akan diperuntukkan katil sendiri dan susunan penginapan akan dikira sebagai kabin triple (3 orang sebilik), bukannya berkongsi katil dengan ibu bapa atau penjaga, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh pihak pembekal.
Syarikat berhak meminta dokumen pengenalan bagi tujuan pengesahan umur peserta.
Setiap peserta diwajibkan menyemak sendiri status kelayakan keluar negara melalui portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan tiada sebarang sekatan perjalanan dikenakan.
Aturcara adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan faktor cuaca, keselamatan, trafik, waktu operasi atau arahan pihak berkuasa.
Syarikat berhak menukar susunan jadual tanpa mengurangkan nilai keseluruhan pakej.
Syarikat bertindak sebagai ejen kepada pembekal perkhidmatan dan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan, kelewatan atau perbelanjaan yang berlaku sepanjang perjalanan.
Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap pelanggan yang melanggar undang-undang mana-mana negara yang dilawati.
Dengan membuat bayaran, pelanggan mengakui telah membaca dan bersetuju sepenuhnya dengan semua terma ini.
Pelanggan tidak boleh mempertikaikan mana-mana klausa selepas bayaran dibuat.
Semua maklumat, harga, promosi, dan diskaun yang dipaparkan di laman web, platform media sosial, atau mana-mana saluran komunikasi adalah tertakluk kepada semakan dan pengesahan rasmi oleh pihak syarikat.
Intratama Travel Consultant & Tours (M) Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang paparan maklumat yang tidak tepat akibat kesilapan teknikal, gangguan sistem, pepijat (bug), atau masalah lain yang menyebabkan harga, promosi, jadual perjalanan, atau maklumat berkaitan dipaparkan secara tidak tepat.
Sekiranya berlaku kesilapan paparan harga, promosi, atau maklumat lain akibat isu teknikal, syarikat berhak untuk membatalkan, meminda, atau membetulkan tempahan tersebut tanpa sebarang kewajipan untuk menghormati harga atau maklumat yang dipaparkan secara tidak tepat.
Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, tuntutan, atau implikasi kewangan yang timbul akibat maklumat yang dipaparkan secara tidak tepat disebabkan oleh kesilapan teknikal atau gangguan sistem.
Dengan membuat tempahan melalui mana-mana platform Intratama Travel Consultant & Tours (M) Sdn Bhd, pelanggan dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan penafian ini.
Intratama Travel Consultant & Tours (M) Sdn Bhd berhak untuk mengemas kini, meminda, dan/atau mengubah Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sebarang versi terkini yang diterbitkan akan berkuat kuasa serta-merta dan menggantikan semua versi terdahulu.